![]() |
Sumber gambar: Google |
Namun bagaimana pula dengan ibu bapa yang anaknya kurang cemerlang? Tentu sedih bukan? Bila orang lain bercerita tentang anak mereka yang bijak, dia bahkan memilih untuk diam. "Ya, apa hendak buat, anakku biasa-biasa saja," mungkin itu keluhannya.
Saya sedih bila ada ibu bapa yang berusaha memberi anak mereka yang baru berusia dua tahun, apa yang dikata tablet 'IQ booster'. Ya, usaha itu tidak salah tetapi apakah anda terlalu terdesak? Apa yang anda harap pada anak yang baru berusia dua tahun? Sedarlah, anak anda cuma mahukan perhatian, belaian, kasih-sayang, pujian dan sokongan - bukan pil penggalak IQ!
Pintar bukan keputusan peperiksaan saja!
Sejak bila kepintaran kanak-kanak diukur dengan a
kademi? Ya, mungkin perlu disemak susur galur dari mana datangnya peperiksaan dan kenapa manusia begitu suka dan bergantung pada peperiksaan. Isunya di sini, perjalanan anak anda masih nun jauh lagi. Usah disedihkan atau dipersalahkan si kecil yang masih gagap membaca. Semak juga sejarah anda dulu. Mungkin faktor DNA.
Tapi apakah hari ini anda tidak berjaya? Anda kecewa dengan diri anda? Ya, beri peluang padanya.
Dia mungkin lambat pintar berbanding rakan-rakannya tetapi dia anak yang baik dan sihat bukan? Bersyukurlah. Ada orang yang anaknya bukan sahaja tidak cemerlang kerana tidak dapat masuk periksa tetapi langsung terlantar di hospital kerana sakit kronik. Maka sekali lagi bersyukurlah anda punya anak yang sihat.
Cerdas dan cergas itu sihat!
Tahukah anda bahawa manusia ini mempunyai kepintaran dan kebolehan yang tersendiri? Akademi itu satu faktor tetapi ada faktor lain lagi. Ada anak yang kurang minat belajar tetapi sosial dan kesantuanannya sangat tinggi. Kanak-kanak begini sangat aktif dan suka bermasyarakat. Usah sekali-kali perlekehkan dia atau takut-takutkan dia bila dia kurang cemerlang dalam pelajaran. Mungkin ada bidang dan kemahiran lain yang dia minat kelak.
![]() |
Sumber gambar: Google |
Al Quran pusat kepintaran
Saya tertarik dengan pendapat seorang kenalan baik saya. Dia seorang yang sukses dalam pelajaran dan perniagaan. Suaminya pun sangat berjaya. Namun, anak mereka tidak sekolah. Anda terkejut? Ya, kini sudah ramai ibu bapa yang tidak sekolahkan anak mereka secara formal. Sebaliknya mereka hantar anak mereka mengaji dan menghafal Al-Quran. Setelah anak ini menjadi seorang 'hufaz', maka pelajaran lain dengan mudah akan diserapnya.
Jadi, untuk mendapatkan sijil akademi, mereka akan menduduki peperiksaan umum tersebut apabila berusia 17 tahun sebagai calon persendirian. Tentunya mereka akan mengambil kelas tuisyen untuk mengetahui teknik menjawab peperiksaan dengan betul. Mungkin kisah ini kedengaran agak radikal tetapi ketahuilah bahawa hidup ini bukan hanya peperiksaan.
Buat ibu bapa yang terlalu inginkan anak yang pintar, berusahalah sedaya yang boleh. Namun, usah keterlaluan. Bersederhana itu adalah yang terbaik. Di samping itu, usah taksub dengan sesuatu sistem hingga seolah-olah sesiapa yang gagal dalam sistem itu, maka hancurlah hidupnya. Ingatlah, sistem itu buatan manusia dan manusia itu tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment