![]() |
Sumber gambar: Google |
Proses penyediaan untuk makanan bayi di atas usia enam bulan adalah berbeza dengan kanak-kanak yang sudah punya gusi dan gigi yang kuat.
a. Makanan bayi usia 6-8 bulan perlulah dikisar halus.
b. Makanan bayi 8-12 bulan bolehlah dipotong sebagai makanan jejari.
c. Manakala kanak-kanak setahun ke atas sudah sedia makan makanan biasa seperti kita.
Bagaimanapun, proses pemilihan dan penyediaan asas makanan untuk siapa pun termasuk ibu hamil adalah seperti di bawah:
Makanan segar
Secara umumnya makanan segar untuk kanak-kanak adalah lebih kaya kandungan zatnya seperti buah-buahan dan ulam-ulaman.
Makanan mentah
Makanan seperti ikan, ayam, udang dan sebagainya adalah makanan mentah yang perlu dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan bateria. Bagaimana pun jangan terlalu lama memasak hingga menghilangkan semua zat yang ada.
Makanan kukus
Makanan yang dikukus atau direbus adalah pilihan terbaik kerana ia tidak memerlukan minyak tambahan. Hidangan sup ayam, ikan atau daging tanpa ditumis pun sangat baik untuk kesihatan.
Makanan kurang minyak
Jika mahu menggoreng, pastikan anda gunakan minyak yang sedikit dan pastikan ia minyak baru. Usah gunakan minyak secara berulang-kali. Lebih baik anda membuang minyak terpakai ke dalam sinki berbanding anda terpaksa membuat pembedahan jantung suatu hari nanti.
![]() |
Sumber gambar: Pinterest |
Kurangkan gula di dalam makanan minuman dan lebihkan manisan dalam senyuman. Anda tentu faham maksudnya kan? Gula mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, pastikan anda tidak keterlaluan dan sebaiknya gunakan sumber manisan asli seperti madu asli.
1. Setiap kali membeli di pasar raya, pastikan anda pergi pada awal pagi. Pergilah ke pasar yang sangat laris kerana potensi untuk mereka menjual makanan segar lebih tinggi.
2. Jika berbelanja di pasar raya, semaklah tarikh luput setiap barang yang anda beli selain memeriksa kesegarannya. Sekali lagi, untuk barang mentah, pastikan anda perlu ke pasar raya yang laris jualannya.
3. Bersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan segar dengan merendam di dalam air garam untuk seketika. Hal ini penting untuk menanggalkan segala kekotoran, racun dan mikroorganisma yang mungkin masih hidup.
4. Anda boleh mencelur sayuran dengan air mendidih untuk seketika sebelum menyejukkannya terus dengan air batu. Cara ini boleh mengekalkan kerangupan sayur yang dicelur tadi.
No comments:
Post a Comment