![]() |
Sumber gambar: Google |
Bagaimana mengajar anak ke tandas?
Tiada usia yang tepat. Bagaimanapun anda boleh mula mengajarnya setelah dia boleh berdiri dan berjalan dengan betul. Mulakan pada waktu sebelum masuk tidur. Biasakan dia untuk buang air di tandas. Tidak kisah keluar atau tidak tapi berikan masa untuk dia beberapa minit berada dalam kedudukan membuang air. Kemudian, sarungkan semula lampin.
Jika dia bangun tengah malam dan lampinnya masih kering, ajak dia ke bilik air dan buat lagi latihan. Begitu juga pada waktu pagi. Sebaik bangun tidur, mulakan latihan anak ke tandas lagi sebelum memandikannya.
Langkah demi langkah (tip melatih anak ke tandas):
1. Pastikan anak sudah bersedia
Bersedia bermaksud dia sudah boleh memberikan isyarat untuk dia membuang air atau dia nampak begitu tidak selesa menggunakan lampin. Jangan sampai dia membuang lampin dan mula membuang merata-rata.
2. Pastikan peralatan sudah ada
Ada dua benda penting yang perlu ada di tandas. Sama ada anda guna 'potty' (mangkuk seakan-akan tandas kecil) atau pelapik tandas kecil yang boleh dipasang pada pelapik tandas biasa. Jika anda menggunakan pelapik tandas ini, pastikan ada bangkuk kecil untuk anak anda naik dan meletakkan kakinya. Ajar anak menggunakan paip dan cara mencuci punggungnya. Mula-mula mungkin bilik air anda akan banjir tapi lama-lama anda akan puas hati dengan hasilnya.
3. Puji-pujian
Berikan dia puji-pujian dan ganjaran selepas dia berjaya melakukannya. Anak anda pasti gembira kerana dihargai oleh ibu bapanya.
4. Lakukan di rumah
Sebaiknya, anda sendiri yang mengajar anak ke tandas. usah harapkan pengasuh atau penjaga mengajarnya.
5. Jimat duit
Tahukah anda jika anda rajin membuat latihan anak ke tandas, anda bakal menjimat duit hampir ratusan ringgit kerana sudah tidak perlu membeli lampin lagi. Malah anda sudah berjaya menjimatkan bumi daripada pencemaran dengan menggurangkan penggunaan bahan pakai buang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment